Sunday, October 4, 2009

Ada Cerita Disebalik Gambar Tersebut

KEJADIAN PADA 5 SYAWAL
Gambar ni aku tangkap curi2 mengunakan CCTV,time open house kt salah satu umah member aku.Inilah yang digambarkan sebagai hantu raya yang sebenarnya.Pasangan tersebut bernama Mohamad Fairuz Bin Abd Shukor (Bukan nama sebenar) no.ic 85 dan isterinya didapati telah membungkus (tapau) sehingga licin makanan (sila rujuk gambar,berapa banyak bungkusan daa..) untuk hidangan para tetamu sehingga tuan rumah kehairanan kerana kekurangan makanan.Menurut kebanyakkan orang, pasangan tersebut telah lama bergiat aktif melakukan kerja tersebut,malah hampir kesemua open house hari raya di ambush malah jamuan raya untuk anak yatim dan rumah orang tua serta orang2 buta pun turut di sapu licin.Difahamkan hasil tapau tersebut akan dijual di gerai milik ibu mertua pasangan tersebut di Parit Simis,Sri Medan,Batu Pahat,Johor.
MAHIN GAME BURGER WAKTU KERJA
BELI AIR JAM 3PETANG DI BULAN RAMADHAN KAT KG.AKU

Monday, May 11, 2009

One Piece Pirates Flag's



Sunday, May 3, 2009

Ini Orang Bukan Sembarangan Orang


Namanya mahmud.umor 26 tahun.mmg bukan sebarangan orang.sbb kalau nak beli barang,budget nak kurang,barang nak kencang.jadi kalau terjumpa dia bagi ajerlah penerajang atau pelempang kat gigi palsu dia.Gigi palsu dia tu akulah penyebabnya..kesian dia.nampak mcm gampang tapi sebenarnya penyayang.tapi terlalu penyayang sampai mak orang pun di nak sayang-sayang,itu takper,ini nenek kawan aku pun dia manja2 sayang.Kerja dia pun dekat yayasan penyayang jadi dia ni mr.perfect yang penyanyang.tapi percayalah dia ni memang sangat2 baik orangnya,kerana terlalu baiklah dia pergi semayang kat tokong cina n india.Dia cakap kita tak boleh pilih kasih atau diskriminasi,jadi buatlah semua tu untuk SATU MALAYSIA .Dia ada kawan baik..nati kita sambung lagi.

Friday, April 24, 2009

eN.ISa




Sebelum memulakan coretan hati yang memilukan ini didahulukan terima kasih pada eN.portgasdace kerana memberi kebenaran saya mencelitakan sesuatu disini.ok.Bismillhirahmannirahim,Nama saya En.isa.berumur 22 tahun,masih bujang,tapi dah ada awek...cun siot,aku amat mencintainya walaupun pelbagai dugaan datang melanda.kasih sayangnya yang tidak pernah tergugat walaupun sesaat.kerana dia aku mendapat tuah..kerana dia aku lelaki berjaya dan kerana dia aku remaja gembira,aman makmur hidup sungguh berbahgia.aku mengenali si S bukan nama sebenar pada 1 april 2008 maskudnya udah 1 tahun lebih aku mengenali hatibudinya,tapi sayang body nya je yang aku belum knal.tapi kenangan tinggal kenangan,"kenangan yang lama menjelma,ingatanku padamu,menyala-nyala" petikan lirik lagu kumpulan leleh spring,band yang paling aku minat.cayalah abang2 spring.ok tanggal 1 april gak cinta ku mula bergoyang kerana munculnya sikurus mcm lidi yang mula cuba mencuri hati kekasihku dengan gelagat wonderpets nya.si kurus ni kerja satu opis ngan aku malah dia adalah kerani aku.menyesal aku ajak dia lepak ngan aku bersama awek aku di rengit coffee.si kurus ni bernama faikurus mula memainkan peranan jahatnya dengan menghantar kad2 cinta secara hari-hari yang sangat2 berbaur perkauman itu.antara ayat2nya adalah"hai sayang,saya xble lagi nak makan dengan kenyang,mandi dgn basah akibat terkenangkan sayang,sayang,abang minta,sayang lupakan lah si isa yang JAWA itu"mendidih aku baca kad2 itu,aku mula mengelabah sbb rasa tercabar dengan si kurus itu,aku mula mencari jalan untuk menghancurkan sikurus dan pada masa yang sama aku tau dia pun mahu menjatuhkan aku.dan nanti aku fikirkan jalannya...

Monday, April 20, 2009

Orang berbudi kita berbahsa malaysia

Aktivit yang patut dicontohi oleh seluruh umat manusia seluruh dunia.Setingginya kita darjat dan pangkat,jangan dilupa tanah dan tanih.Dan..di atas kesedaran dan kesegaran tersebut bermulalah karier part time aku sebagai pekebun dihujung minggu.dengan minat yang mendalam,semangat yang tinggi,modal yang ciput,juruteknik yang lambat bangun,pengurus projek yang asyik membebel dan tidak lupa pada buruh indonesia aku yang berbaju biru itu.Dengan hormatnya aku memulakannya dengan kalimah allah,aku bangkit dari lamunan tepat jam 6 pagi setelah disepak bapak aku yang juga adalah pengejut yang tidak berhati perut.Terus bangun dengan segarnya,masuk bilik mandi nyonya gosok gigi,semayang subuh 2 rakaat dan bertolak dari rumah kul tepat jam 7pagi,singgah sarapan pekena nescafe tarik ngan mee goreng jawa yang kering,merokok sebatang dua dan terus gerak hingga sampai ke tapak projek,salin pakaian..amik peralatan dan terus...puk...puk..puk.. tiga lubang telah dibuat dengan menggunakan cangkul.....ok duk minum teh panas...rileks...renung sejenak..."betul ker nak wat projek ni "tanyaku pada buruh ku...''betui..betui..'' dia menjawab.bukan apa rasa kalau semangat je tak cukup, kalau badan xlarat dan memang xpernah buat kerja kebun langsung memang rasatakpayahlah,perasaan putus asa mesti ada.Disebabkab modal dah kuar..nak taknak kna teruskan gak,hari pertama dapat disiap kan hampir 25 lubang sahaja.Salah satu kerja yang memenatkan,hanya kerana takut pembaziran aku teruskan..tapi yang menyeronokkan ialah waktu bangun pagi dan peluh yang membasahi tubuh...terasa sihat sangat..sehingga sampai sekarang akau xpernah kena AIDS atau barah PAYUDARA.hari pertama projekku agak berjaya menaikkan motivasi aku dan tak sabar untuk tunggu fasa kedua lak iaitu penanaman,pemasangan sistem paip,pembajaan.ok balik dulu perut lapor,mak masak ngam2 je tadi.



Asal hari isnin je mesti kena kerja,pastu bila sabtu aje kena cuti.bosan giler,spatutnya waktu bekerja kna sentiasa bertukar-tukar agar kita semua tidak rasa bosan,contohnnya hari isnin mula pagi,selasa mula tgh hari,rabu mula maghrib,khamis mula tgh malam,jumaat mula subuh.cerita pasal kerja tetap aku,memang bosan hari2 wat kerja yang sama,kalau dapat kerja yang lain,susah la pulak..kerja mmg banyak tertunggak..banyak berangan agaknya.fail mesti bersepah-sepah kat mana2.walaupun tujuan utamanya untuk menampakkan kita ni mmg banyak kerja,agar dapat pujian daripada bos dan kenaikkan gaji n pangkat ngan cepat ttermasuk bonus 7-8 bulan.

Thursday, April 16, 2009

kosong-kosong

Assalamualaikum.

dengan sembah hormatnya,surat tuan dan perbincangan melalui telefon bertarikh 16.04.2009 adalah dirujuk.Dengan ini disertakan seperti lampiran berikut.(ayat hari2 aku kena buat,xble tahan)

membinanya saya ini blog untuk apa2 ntah tujuannya.Udah xupdate lama apa2 kat ni blog ni,walaupun xpernah memang ada apa2 pun sekalipun.Maseh menchari bahan,walapun sathu badan sudah bahana.oleh itu aku akan memblog pada masa akan datang dengan pelbagai2 bahan yang selaginya boleh aku isi untuk mengisi kosong-kosong masa aku,walaupun akan aku sendiri membacanya sorang-sorangan dikemudian hari. Oleh-oleh itu walaubahagiamanapun,dengan hati yang suci ikhlas lah lagi, aku menebalkan diri untuk mencarigali mana2 blogger yang budi pekerti untuk menjadi sahabat sehidup semati sorang2 la korang kat kubur tu.AKU x KESAHlah kalau aku seorang yang hensem tetapi aku tidak sama sekali berkechil hati jika kamu semua kata aku mmg hensem lagi.Dengan itu cukuplah malam ini,ku coretkan isi hati.Janjiku akan sambung lagi dan lagi dan lagi dan lagi..

Thursday, November 13, 2008

Welcome My South Selatan Blog

Ada Branch?